The Band ialah program realiti TV pencarian bakat nyanyian baru yang julung kali diadakan di Malaysia untuk menubuhkan sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita bertaraf antarabangsa. Sebanyak 32 peserta telah dipilih dalam mengikuti program The Band. Kini, sesiapa yang tidak mempunyai Astro di rumah, bolehlah menyaksikan siaran The Band ni secara online.
Nak tahu bila The Band ni ditayangkan di tv? Seterusnya boleh disaksikan menerusi skrin komputer anda. Jom baca jadual program realiti tv, The Band disiarkan.
Program The Band: Konsert The Band
Hari: Sabtu
Jam: 10.00 malam
Program The Band: Whazzup The Band
Hari: Jumaat
Jam: 9.00 malam – 10.00 malam
Program The Band: X The Band
Hari: Ahad
Jam: 10.00 malam - 10.30 malam
Kesemua program ini boleh ditonton di Astro RIA, saluran 104 dan Astro Mustika HD, saluran 134. The Band juga boleh ditonton menerusi ‘online’ di laman web utama The Band iaitu www.theband.com.my.
Bakat-bakat baru menerusi program The Band ini akan dibimbing oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan tanahair dan antarabangsa yang bersesuaian dengan konsep program ini. Penekanan akan diberikan kepada keseluruhan aspek yang penting untuk melahirkan kumpulan pop yang boleh diketengahkan untuk pasaran peringkat antarabangsa. Aspek tersebut termasuklah kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan imej busana dan aura penghibur.

Sumber: Astro Gempak & Yumida
Program The Band dikendalikan oleh..
Pengacara The Band: Awal Ashaari
Juri The Band: Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim & Syafinaz Selamat
Tenaga pengajar The Band: Damian Mikhail, Alam Wakaka & Wahyu
No comments:
Post a Comment