Sinopsis
Drama TV3 Teman Lelaki Upahan
“I
nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you
everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA
“I
setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL
“Syarat?
Syarat apa?”
Syarat
yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap
EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali
menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops,
tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.
Hanya
kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah
menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia,
EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang
angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.
Tanpa
pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan
jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula
mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk
Kyra Lydia.
Pada
saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati
EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa
yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.
“I
menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya
I tak payah tolong you… Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan
you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira
dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci
you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”
Mulut
kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia
dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia
melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?
Assalamualaikum..hai2
ReplyDeleteSaya jual iphone,samsung,phone case dan lain2..jemput singgah blog saya
http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/
ig @nurnasuha96_
whatsapp +60196117811