Dekorasi Rumah Saya Di Hari Raya Aidilfitri

Dekorasi Rumah Saya Di Hari Raya Aidilfitri
Hari ni masuk 12 Ramadhan kita berpuasa. Tak lama lagi menjelang Hari Raya. Eh rumah dah kemas ke? Deko-deko sempena nak raya ni. Mesti la nak rumah kelihatan cantik berseri-seri. Jom tengok apa persediaan saya membuat dekorasi rumah menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017.

Tips Dekorasi Aidilfitri Rumah Saya Tahun Ini
1. Lampu ketupat raya
Famous la lampu ketupat raya tu. Boleh dikatakan setiap rumah pasangkan lampu raya ketupat tu. Sangat cantik. Jadi, saya pun tertarik sama untuk letak di rumah saya. Baru rasa nak raya. Meriahnya raya dengan lampu berwarna warni. Ketupat memang simbolik hari raya. Cun sangat dideko di ruang tamu dan luar rumah.
   
2. Balang biskut raya
Saya paling suka pergi ke rumah orang yang balangnya dihias dengan kreatif. Diletak riben, lace. Cantik sangat. Macam comel je. jadi rumah saya tahun ni, saya nak gamkan riben pada balang biskut saya. Mesti tetamu suka dan memuji. Hihi.. Lagipun saya suka kerja-kerja deko macam ni. Bermain dengan riben, lace dan gam.

3. Mengelap perabot, kerusi, sofa dan meja
Kebersihan juga harus dijaga. Setiap kali menjelang nak raya, kami serumah sibuk mengelap perabot yang terdiri almari penjuru, almari buku, almari cenderahati, meja, kerusi, sofa. Buang debu sehingga bersih. Takut tetamu bersin dan geli tengok rumah yang tak dibersihkan.

Sarung sofa kalau dah teruk koyaknya, boleh dibuat baru. Jahit sendiri lebih menjimatkan kos. Tapi kalau ada duit lebihan boleh beli sofa baru. Tengok promosi bawah tu. Cantik sangat sofa tu diletakkan kat ruang tamu.

Dekorasi Aidilfitri Dengan Sofa Dari Lazada 
Dekorasi Rumah Saya Di Hari Raya Aidilfitri
I HOME S 777 SOFA+STOOL (DARK BROWN)

Tengok je dah tau sofa ni Dunlop. Sesuai diletak kat ruang tamu rumah untuk tetamu duduk semasa raya nanti. Anda boleh dapatkan sofa ni di Lazada, klik sini: I HOME S 777 SOFASTOOL DARK BROWN

Shopping murah giler!!! Diskaun hebat! MARHABAN YA RAMADHAN RIANG RIA SALE (klik) menawarkan diskaun sehingga 90%. Bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017. Rebut peluang shopping murah barang Raya kat Lazada.

Sekian 3 tips dekorasi Aidilfitri rumah raya saya tahun ni. Adik-adik boleh mula kemas sekarang tau. Bantu ibu bapa buat persediaan raya. Anak yang rajin disukai ibu bapanya. Mana tahu tahun ni ibu ayah cair hati tengok kerajinan adik-adik, dapat la lebih sikit duit raya. Hihi..

No comments:

Post a Comment